Tuesday 13 May 2014

PENGHARGAAN






KATA ALU-ALUAN


KATA-KATA












Monday 12 May 2014

8.0 RUJUKAN

RUJUKAN

Diperolehi pada April 23, 2014 daripada ervamadiyudhistira.wordpress.com/2011/04/20/teori-membaca/id.wikipedia.org/wiki/membaca.
Diperolehi pada April 23, 2014 daripada www.academia.edu/3836580/teori-pemahaman-membaca
Diperolehi pada April 23, 2014 daripada www.scribd.com/doc/55873231/Ciri-ciri Buku-Bacaan-Bahasa-Melayu-yang-Sesuai-untuk-Kanak-kanak-di-Malaysia.
Femi Olivia (2008).  Teknik membaca efektif. Jakarta : PT Elex Media Komputindo.
Hasuria  Che Omar, Rokiah  Awang, Syed Zainal  Ariff  Syed   Jamaluddin & Noriah Mohamed  (2009). Bahasa verbal dan bukan verbal. Kuala Lumpur: Instistut terjemahan negara Malaysia berhad.
Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu satu pendekatan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.
____________ (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu strategi perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.
Meithy Djiwatampa (1995). Membaca untuk belajar. Jakarta: PT Balai Pustaka.
Maisarah Saidin & Latifah Abdul Majid (2012). Pembentukan jati diri kanak-kanak melalui bahan                      bacaan Bahasa Malaysia. Jurnal Hadhari, 4(1), 77-102.
Zainiah Mohamed Isa (2009). Pemilihan buku bacaan Bahasa Melayu yang sesuai untuk kanak-kanak               di Malaysia. Jurnal Bitara, Vol. 2, 45-57.

Sunday 11 May 2014

7.0 PENTAKSIRAN MEMBACA


Pentaksiran merupakan proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi oleh seseorang pelajar melalui bacaan, setelah mengalami proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi proses penaksiran sangat bergantung kepada sejauhmana keupayaan guru dalam mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribu atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penaksiran. Pentaksiran perlu selari dengan objektif pembelajaran pada satu-satu sesi P&P. Selain itu, pentaksiran juga sentiasa disepadukan dengan kaedah mengajar dalam setiap sesi P&P, dan berlaku di sepanjang P&P trsebut. Dengan itu, guru perlu mahir dengan pelbagai jenis alat pentaksiran dan berketerampilan menggunakannya pada masa yang paling efektif.





















     



















 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
PBS ialah pentaksiran yang dilakukan oleh guru semasa proses P&P di dalam kelas berlangsung. Menurut Aziz (2010), dalam PBS peranan guru adalah untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak diajarkan dan ditaksir, merancang dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekodkan hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melaporkan hasil pentaksiran dan membuat tindakan susulan.
      Manakala, dalam konteks Malaysia, PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial, selaras dengan Falsaah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif, iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning.
      PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Ciri-ciri Panduan Pelaksanaan PBS:
-          Ia melibatkan guru dari awal hingga akhir pengajaran: dari merancang pentaksiran pembelajaran, mengenal pasti dan membina tugasan/alat pentaksiran yang sesuai, memantau pelaksanaan, mentaksir kerja murid.
-          Mengumpulkan seberapa banyak sampel tentang perkembangan murid dalam jangka masa yang ditetapkan.
-          Pentaksiran ini boleh diadaptasi dan diubahsuai oleh guru untuk menyelaraskannya dengan matlamat pembelajaran bagi sesebuah kelas dan murid yang hendak ditaksir.
-          Pentaksiran ini berlaku di dalam kelas biasa.
-          Ia dilakukan oleh guru yang mengajar murid berkenaan.
-          Murid menjadi lebih aktif melalui proses pentaksiran, terutamanya apabila guru melakukan pentaksiran sendiri atau rakan sebaya.
-          Pentaksiran ini memberi peluang kepada guru untuk memberikan maklum balas secara membina (constructive) kepada murid dengan serta-merta.
-          Ia mengalakkan penilaian berterusan dan melaraskan program P&P.
-          Pentaksiran ini menjadi pelengkap kepada bentuk-bentuk pentaksiran yang lain, termasuk peperiksaan umum seperti, UPSR, PMR, dan SPM.
Konsep PBS yang terdapat dalam pernyataan misi PBS:

(i)            Pentaksiran bersifat holistik
-            Menilai aspek kognitif, afektif, dan psikomotor murid selaras dengan FPK dan kurikulum kebangsaan.
-            Tujuannya untuk membangunkan modal insan yang holistik dengan memiliki profil murid PBS.
-            Hal ini, melalui aktiviti kognitif seperti menjawab soalan dan bercerita semula tentang kefahaman mereka daripada pelbagai bahan yang dibaca, melahirkan perasaan dan emosi berdasarkan bahan bacaan melalui aktiviti deklamasi puisi dan improvisasi, serta melakonkan watak yang digambarkan dalam teks.

(ii)          Pengumpulan maklumat
-            Mengenai kebolehan murid yang lebih komprehensif dikumpulkan dalam rekod profil murid.
-            Perkara-perkara yang diisikan dalam profil ini ialah pencapaian murid (achiement), perkembangan (development), dan penglibatan (involvement) murid.
-            Rekod-rekod ini dapat memberikan gambaran yang lebih tepat tentang potensi dan prestasi murid.

(iii)        Pentaksiran yang seimbang
-            Ia berfokuskan kepada perkembangan potensi dan kemenjadian murid melalui pendidikan yang menitik beratkan pembinaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengamalan nilai (adab) yang baik.

(iv)        Pentaksiran bersifatkan murid
-            Meningkatkan penglibatan, pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, dan memupuk nilai dan sikap terpuji serta bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri sebagaimana yang terdapat dalam profil murid PBS.
-            Ia dapat dilakukan melalui aktiviti autentik yang merujuk kepada situasi kehidupan sebenar, pembelajaran kendiri dan kolaboratif.
Istilah-istilah yang diperkenalkan oleh guru yang dikehendaki oleh KPM ialah, band, standard, standard prestasi, deskriptor, evidens dan instrumen.

      Pentaksiran Formal
Pentaksiran formal biasanya dilakukan secara bertulis, seperti ujian, kuiz dan esei. Hasilnya murid akan diberikan markah dan gred. Pengurusan pentaksiran jenis ini lebih sistematik. Matlamatnya adalah untuk menilai kemajuan murid dalam satu-satu jangka masa pengajaran. Keputusan pentaksiran ini penting kerana guru, ibu bapa dan pentadbir ingin mendapat maklumat tentang perkembangan murid dalam pembelajaran membaca. Pentaksiran jenis ini digolongkan dalam Ujian Rujukan Norma.

Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam proses P&P.  Ujian adalah alat ukur, bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam membaca sesuatu bahan bacaan. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu bahan bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam memahami bahan yang berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Ciri Utama Ujian
(i)                 Kesahan Ujian
Kesahan ujian sebagai alat pengukuran bermaksud ujian tersebut menguji apa yang hendak diuji. Sesebuah ujian itu perlu memiliki 3 jenis kesahan.
(a)   Kesahan Kandungan
-                     Ia merujuk kepada sejauhmana sesuatu ujian merangkumi domain kandungan yang hendak dinilai.
-                     Kandungan sesuatu ujian merupakan sampel ‘representative’ kandungan bidang yang ingin diukur.
-                     Bagi menentukan ujian yang digunakan meliputi kandungan bidang yang diuji, guru perlu mentakrifkan kurikulum dan isi pelajaran kursus yang diajarkan.
-                     Salah satu cara yang digunakan oleh guru, ialah dengan merangka Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

(b)   Kesahan Gagasan
-                     Ia merupakan sekumpulan konsep yang ada pada fikiran tetapi kita tidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti.

(c)    Kesahan Berkaitan Dengan Kriteria
-                     Ia merujuk sejauhmana kaitan antara pencapaian dalam sesuatu ujian dengan kriteria luaran yang berkecuali.
-                     Ia mempersoalkan sama ada ujian sah mengukur kriteria yang hendak diukur.
-                     Sekiranya kriteria luaran yang berkecuali sebenarnya sah bagi mengukur kriteria yang hendak diukur, maka kaitan yang bererti antara ujian dengan kriteria luaran tersebut menunjukkan kesahan berkaitan dengan kriteria.
-                     Terdapat dua jenis kriteria yang boleh digunakan, iaitu kriteria serentak yang ditunjukkan pada masa yang sama atau hampir sama dengan pengukuran yang dikenakan ke atas kriteria tersebut.
-                     Kriteria jangkaan ditunjukkan pada satu selang masa selepas pengukuran dikenakan ke atas kriteria tersebut.

(ii)               Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik, iaitu faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak.

(iii)             Keobjektifan Ujian
-                     Ia berkait dengan sejauhmana perskoran sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa.
-                     Bagi memastikan ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi, skema perskoran perlu disediakan lebih awal sebelum ujian.
-                     Skema perskoran bagi soalan objektif agak mudah, kerana mencatatkan huruf sama ada A, B, C, atau D.
-                     Bagi soalan subjektif, kaedah penskoran agak rumit, terutama bagi soalan yang memerlukan murid menggunakan pemikiran aras tinggi.

(iv)             Kebolehtadbiran
-                     Sesuatu ujian mestilah boleh ditadbirkan dengan sempurna.
-                     Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting supaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik.

      Pentaksiran Tak Formal
Ia berlaku secara lebih bersahaja. Ia penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran kemahiran membaca, pentaksiran tak formal dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang kemahiran, kebolehan dan perkembangan berterusan murid tentang pencapaian membaca mereka. Terdapat sekurang-kurangnya tiga ciri yang membezakan pentaksiran tak formal dengan pentaksiran formal.
(a)    Tujuan: Ia bertujuan membimbing murid mencapai kemahiran yang disasarkan.
(b)   Pelaksanaan: Ia berlaku sepanjang masa pengajaran kemahiran membaca.
(c)    Alat Pengukuran: Ia biasanya menggunakan ujian pensel dan kertas sebagai instrument. Instrument yang kerap digunakan ialah inventori, senarai semak, skala, rubrik, dan kadangkala catatan guru.

      Pentaksiran dan Kad Kemajuan
-          Setiap pentaksiran perlu direkodkan, ia penting untuk memantau perkembangan prestasi murid.

-          PBS memperkenalkan kaedah merekod yang lebih sistematik. Melalui rekod prestasi PBS, guru dikehendaki mencatat perkembangan murid mengikut band, deskriptor dan evidens. 

6.0 PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA


Bagi seseorang pelajar, kemahiran membaca adalah sangat penting. Hal ini demikian kerana dengan penguasaan dalam kemahiran membaca akan membantu seseorang pelajar untuk memperluaskan pemikiran dan idea di samping dapat meningkatkan daya kreativiti dalam pelbagai bidang. Kebolehan menguasai kemahiran membaca sangat penting dan sering menjadi ukuran kepada pencapaian pelajar di sekolah.  Hal ini kerana, kemahiran tersebut  menjadi faktor penentu terhadap pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai bidang ilmu. Sesuatu ilmu itu akandiperolehi melalui pembacaan, seperti kata pepatah “Membaca Jambatan Ilmu”. Sekiranya pelajar tidak pandai membaca, maka dia akan ketinggalan dalam pelajaran berbanding dengan kawan-kawannya yang mahir membaca. Hal ini demikian kerana, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah memerlukan pembacaan.Justeru itu, pelajar yang dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik akan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai mata pelajaran. Untuk memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran ini, beberapa pendekatan dan langkah yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu pelajar

                                Pendekatan membaca asas
Pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca melalui beberapa kemahiran yang biasa pada situasi membaca yang pelbagai seperti tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan (YahyaOtham, 2004). Di samping itu, dalam pendekatan ini juga, ia turut menekankan tentang kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkara yang diajar sebelumnya. Ini bermakna pelajar sentiasa membuat latihan terhadap sesuatu yang telah diajar oleh guru mereka di dalam kelas. Dalam pengajaran membaca juga, penambah bahan kepada perkara yang telah diajar merupakan salah satu cara yang boleh membantu pelajar dalam menguasai kemahiran membaca mereka.Selain itu, dalam pendekatan ini pola dan perbendaharaan kata turut dititikberatkan.Ia bermakna guru perlu menjelaskan mengenai perkara ini kepada pelajar dengan tepat. Hal ini kerana, supaya bilangan perkataan yang digunakan oleh pelajar dapat dikira dengan tepat dalam waktu-waktu yang tertentu.Malah, perkara yang lebih penting dalam pendekatan ini ialah guru perlu memikirkan kebolehan serta pengalaman yang dimiliki oleh pelajar dalam peringkat menguasai kemahiran membaca.
Antara dua kaedah pengajaran membaca asas adalah pengajaran pekembangkan kemahiran dan pelajaran membaca secara terarah. Pengajaran perkembangan kemahiran adalah melibatkan guru menulis perkataan di papan hitam serta membulatkan perkataan-perkataan yang mempunyai bunyi yang sama  semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Manakala bagi kaedah pelajaran membaca secara terarah pula terbahagi kepada lima cara, iaitu motivasi, persediaan latar belakang, menetapkan tujuan, membaca semua secara senyap ataupun lisan secara terarah dan tindak balas dan perluasan. Dari segi motivasi, bermaksud melalui latar pengalaman, kuiz, menyelesaikan masalah dan sebagainya yang dilakukan oleh guru di dalam kelas. Hal ini akan memberi satu tindakan positive kepada pelajar di mana mereka akan melakukan pembacaan.
Seterusnya, dari aspek persediaan latar belakang pula adalah di mana, apabila terdapat perkataan-perkataan yang sukar dan asing, guru hendaklah tuliskan di papan hitam dan kemudian meminta pelajar untuk mencari atau meneka maknanya.Di samping itu, guru boleh menyuruh pelajar menggunakan dalam perbualan atau dalam petikan karangan yang dibuat.Dalam aspek menetapkan tujuan, bermaksud guru dan pelajar sama-sama menguji pilihan dan menentukan tujuan yang diberikan. Manakala dari segi membaca semula secara senyap atau lisan secara terarah memerlukan pelajar membaca teks pilihan dan menjawab soalan semasa membaca senyap guruboleh pergi kepada pelajar secara individu dan minta pelajar membaca secara kuat serta bertanya apa yang didapati dan masalah yang dihadapi. Akhir sekali dari segi tindak balas dan perluasan, guru memberi pelajar pilihan untuk mempraktikkan kemahiran yang diperoleh melalui buku kerja, pengajaran kendiri atau helaian aktiviti boleh digunakan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran membaca.

     Pendekatan Teknologikal
Perkara pertama dalam pendekatan ini adalah keupayaan menghasilkan pengajaran berurutan dapat dilakukan semula pada masa yang lain. Ia bermaksud aktiviti bagi sesuatu pengajaran yang dilakukan dapat digunakan untuk pengajaran yang lain. Pendekatan ini menekankan perkara yang dapat dirasai oleh pancaindera dan dibuktikan kebenarannya. Pendekatan ini juga dilabelkan sebagai :
Ø  Sistem membaca berdasarkan objektif
Ø  Program berdasarkan kriteria
Ø  Membaca berdasarkan kecekapan
Ø  Sistem pengurusan kemahiran
Ø  Membaca berdasarkan perspektif diagnostik
Dalam pendekatan ini, terdapat empat aspek, iaitu yang pertama adalah objektif tingkah laku di mana pelajar hendaklah mengenal pasti perkataan, objektif bagi pemahaman dan kemahiran belajar. Seterusnya, ujian kriteria bagi setiap objektif di mana, ia akan menentukan status atau kedudukan individu dengan merujuk domain tingkah laku seperti kemahiran membaca atau gabungan beberapa kemahiran dalam membaca.  selain itu, komponen strategi yang wujud dalam bahan, program pelajaran atau aktiviti pelajar perlu memberikan tindak balas. Guru boleh menggunakan pita rakaman  dalam aktiviti pelajaran ataupun menggunakan buku kecil yang memerlukan guru terlibat sama. sistem penyimpanan rekod juga merupakan salah satu komponen dalam pendekatan teknologikal. Merekod  mengenai kemahiran yang sudah melalui keupayaan dalam ujian rujukan kriteria dan menunjukkan objektif dan arahan yang diambil tindakan.

     Pendekatan membaca individu
Pendekatan ini memberi penekanan kepada tahap yang berbeza dalam pembacaan individu.Hal ini demikian kerana, untuk memastikan pelajar dapat belajar mengikut kemampuan mereka dan memudahkan mereka belajar.Seterusnya pelajar memilih bahan bacaan dan mengaitkan dengan keperluan, minat dan keupayaan membaca.guru juga perlu memberi bantuan bagaimana cara untuk memilih buku dengan cara penyiringan serta menerangkan kesukaran ketika membacanya. Seperti pendekatan yang lain, pendekatan ini jua mempunyai komponen yang perlu dilaksanakan. Guru bebas untuk menggunakan cara tersendiri atau memberi kebebasan kepada murid untuk memilih buku yang diminati untuk dibaca. Hal ini kerana ia secara tidak langsung akan membantu pelajar dalam mengembangkan penguasaannya dalam membaca. Kemudian dalam aspek perbincangan antara guru dan murid, melalui aspek ini pengajaran dilaksanakan secara personel atau melalui konferensi. Malah ia juga melibatkan penglibatan murid serta menggunakan huraian yang sesuai. Guru yang melaksanakan pendekatan ini perlu merekod harian bacaan pelajar.Contohnya guru berbincang dengan pelajar mengenai idea daripada buku dan implikasi terhadap kehidupan.

     Pendekatan Holistik
Prinsip asas pendekatan ini ialah murid-murid bukan sahaja diajar untuk menguasai kemahiran membaca, tetapi juga menikmati bahan bacaan.Pendekatan ini diperkenalkan dalam pengajaran bacaan kerana penulis mendapati masyarakat Malaysia mempunyai kadar boleh membaca yang tinggi, tetapi tidak mempunyai minat membaca yang menggalakkan.Tujuan  pendekatan ini adalah untuk mengembangkan potensi individu dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan. Pelajar diharapkan dapat menjadi dirinya sendiri (learning to be). Pelaksanaan mengajar membaca secara holistik perlu bermula diperingkat awal membabitkan penyertaan pelbagai pihak termasuklah pelajar, guru,ibu bapa dan masyarakat sebagai usaha memperoleh manfaat sepenuhnya.Teks yang digunakan dalam bahan bacaan ialah teks autentik iaitu teks dalam bentuk penerbitannya yang sebenar. Pergantungan semata-mata pada buku teks di dalam kelas akan mengehadkan pembacaan terhadap bahan yang tidak lengkap dan telah diubahsuai dengan keperluan dan kepadatan ruang dalam buku teks tersebut. Jadi, guru haruslah menggunakan buku dalam bentuk penerbitan supaya pelajar dapat menghalusi pemikiran penulis lebih mendalam.

      Pendekatan model Bottom-up (dari bawah ke atas )
Pendekatan ini menyatakan bahawa pengajaran membaca bermula dengan guru di mana mereka membincangkan, pengalaman murid tentang sesuatu isu yang dianggap penting atau semasa.Melalui ini, guru dapat mencungkil pengalaman serta menimbulkan minat mereka dalam perbincangan.Selain itu, guru juga hendaklah membincangkan beberapa istilah yang dianggap penting dan dapat difahami murid dengan jelas.Memincangkan isi-isu yang berkaitan dengan topik perbincangan dengan lebih teperinci lalu disampaikan mengikut disampaikan mengikut kefahaman murid.Setelah itu, membahagikan teks untuk bacaan sebagai transfer ilmu yang berkesan.













5.0 PEMILIHAN BAHAN BACAAN


Dalam satu tinjauan rintis oleh Isahak Haron dan Zainiah Mohamed Isa (2005), terhadap seratus orang kanak-kanak prasekolah dari seluruh Malaysia untuk mengetahui jenis buku yang diminati mereka , pengkaji hanya mendapati satu buku sahaja yang mendapat bilangan kekerapan sebanyak tujuh kali iaitu buku ‘Perlumbaan Arnab dengan Kura-kura’. Keadaan ini berlainan jika kita bandingkan dengan keadaan kanak-kanak di luar negara yang meminati buku ‘Rosie’s Walk’ and ‘Where is My Duckling’ dan ‘Brown Bear, Brown Bear, What Do You See’ adalah pilihan bagi peringkat usia tiga ke empat tahun. Terdapat juga berbagai-bagai tajuk pilihan lain bagi peringkat usia yang berlainan.












        



          Buku-buku cerita ini bukan sahaja diminati kanak-kanak masa kini tetapi juga oleh ibu dan bapa mereka pada zaman kanak-kanak mereka dahulu. Ini kerana kebanyakan buku-buku ini telah dihasilkan semenjak daripada tahun 60an lagi tetapi buku-buku ini masih mendapat sambutan sehingga kini kerana nilai dan mutunya yang mendapat tempat di hati pembaca. Malahan di negara luar memang telah ada senarai buku-buku yang disyorkan bagi setiap peringkat umur kanak-kanak dan terbukti buku-buku tersebut bukan sahaja bermutu malah mendapat sambutan hangat daripada kanak-kanak. Oleh itu, adalah perlu bagi kita mengetahui ciri-ciri yang ada pada sesuatu bahan bacaan sehingga ia begitu diminati sejak zaman berzaman lagi.

            Setelah mengetahui ciri-ciri bagi buku-buku yang telah terpilih itu kita terapkan pula dalam bahan bacaan kanak-kanak yang terdapat di negara kita bagi memilih buku-buku yang sesuai untuk beberapa peringkat umur.









 

KETERAMPILAN MEMBACA Published @ 2014 by Ipietoon