Bagi seseorang pelajar, kemahiran membaca adalah sangat
penting. Hal ini demikian kerana dengan penguasaan dalam kemahiran membaca akan
membantu seseorang pelajar untuk memperluaskan pemikiran dan idea di samping
dapat meningkatkan daya kreativiti dalam pelbagai bidang. Kebolehan menguasai
kemahiran membaca sangat penting dan sering menjadi ukuran kepada pencapaian
pelajar di sekolah. Hal ini kerana,
kemahiran tersebut menjadi faktor
penentu terhadap pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai bidang ilmu. Sesuatu
ilmu itu akandiperolehi melalui pembacaan, seperti kata pepatah “Membaca
Jambatan Ilmu”. Sekiranya pelajar tidak pandai membaca, maka dia akan
ketinggalan dalam pelajaran berbanding dengan kawan-kawannya yang mahir
membaca. Hal ini demikian kerana, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
adalah memerlukan pembacaan.Justeru itu, pelajar yang dapat menguasai kemahiran
membaca dengan baik akan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai
mata pelajaran. Untuk memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran ini,
beberapa pendekatan dan langkah yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu
pelajar
Pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar
membaca melalui beberapa kemahiran yang biasa pada situasi membaca yang
pelbagai seperti tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan (YahyaOtham,
2004). Di samping itu, dalam pendekatan ini juga, ia turut menekankan tentang
kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkara yang diajar sebelumnya.
Ini bermakna pelajar sentiasa membuat latihan terhadap sesuatu yang telah
diajar oleh guru mereka di dalam kelas. Dalam pengajaran membaca juga, penambah
bahan kepada perkara yang telah diajar merupakan salah satu cara yang boleh
membantu pelajar dalam menguasai kemahiran membaca mereka.Selain itu, dalam
pendekatan ini pola dan perbendaharaan kata turut dititikberatkan.Ia bermakna
guru perlu menjelaskan mengenai perkara ini kepada pelajar dengan tepat. Hal
ini kerana, supaya bilangan perkataan yang digunakan oleh pelajar dapat dikira
dengan tepat dalam waktu-waktu yang tertentu.Malah, perkara yang lebih penting
dalam pendekatan ini ialah guru perlu memikirkan kebolehan serta pengalaman
yang dimiliki oleh pelajar dalam peringkat menguasai kemahiran membaca.
Antara dua kaedah pengajaran membaca asas
adalah pengajaran pekembangkan kemahiran dan pelajaran membaca secara terarah.
Pengajaran perkembangan kemahiran adalah melibatkan guru menulis perkataan di
papan hitam serta membulatkan perkataan-perkataan yang mempunyai bunyi yang
sama semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Manakala bagi kaedah pelajaran membaca secara terarah
pula terbahagi kepada lima cara, iaitu motivasi, persediaan latar belakang,
menetapkan tujuan, membaca semua secara senyap ataupun lisan secara terarah dan
tindak balas dan perluasan. Dari segi motivasi, bermaksud melalui latar
pengalaman, kuiz, menyelesaikan masalah dan sebagainya yang dilakukan oleh guru
di dalam kelas. Hal ini akan memberi satu tindakan positive kepada pelajar di
mana mereka akan melakukan pembacaan.
Seterusnya, dari aspek persediaan latar
belakang pula adalah di mana, apabila terdapat perkataan-perkataan yang sukar
dan asing, guru hendaklah tuliskan di papan hitam dan kemudian meminta pelajar
untuk mencari atau meneka maknanya.Di samping itu, guru boleh menyuruh pelajar
menggunakan dalam perbualan atau dalam petikan karangan yang dibuat.Dalam aspek
menetapkan tujuan, bermaksud guru dan pelajar sama-sama menguji pilihan dan
menentukan tujuan yang diberikan. Manakala dari segi membaca semula secara
senyap atau lisan secara terarah memerlukan pelajar membaca teks pilihan dan
menjawab soalan semasa membaca senyap guruboleh pergi kepada pelajar secara
individu dan minta pelajar membaca secara kuat serta bertanya apa yang didapati
dan masalah yang dihadapi. Akhir sekali dari segi tindak balas dan perluasan,
guru memberi pelajar pilihan untuk mempraktikkan kemahiran yang diperoleh
melalui buku kerja, pengajaran kendiri atau helaian aktiviti boleh digunakan
untuk membantu pelajar menguasai kemahiran membaca.
b Pendekatan Teknologikal
Perkara pertama dalam pendekatan ini adalah
keupayaan menghasilkan pengajaran berurutan dapat dilakukan semula pada masa
yang lain. Ia bermaksud aktiviti bagi sesuatu pengajaran yang dilakukan dapat
digunakan untuk pengajaran yang lain. Pendekatan ini menekankan perkara yang
dapat dirasai oleh pancaindera dan dibuktikan kebenarannya. Pendekatan ini juga
dilabelkan sebagai :
Ø
Sistem membaca berdasarkan objektif
Ø
Program berdasarkan kriteria
Ø
Membaca berdasarkan kecekapan
Ø
Sistem pengurusan kemahiran
Ø
Membaca berdasarkan perspektif diagnostik
Dalam
pendekatan ini, terdapat empat aspek, iaitu yang pertama adalah objektif
tingkah laku di mana pelajar hendaklah mengenal pasti perkataan, objektif bagi
pemahaman dan kemahiran belajar. Seterusnya, ujian kriteria bagi setiap
objektif di mana, ia akan menentukan status atau kedudukan individu dengan
merujuk domain tingkah laku seperti kemahiran membaca atau gabungan beberapa
kemahiran dalam membaca. selain itu,
komponen strategi yang wujud dalam bahan, program pelajaran atau aktiviti pelajar
perlu memberikan tindak balas. Guru boleh menggunakan pita rakaman dalam aktiviti pelajaran ataupun menggunakan
buku kecil yang memerlukan guru terlibat sama. sistem penyimpanan rekod juga
merupakan salah satu komponen dalam pendekatan teknologikal. Merekod mengenai kemahiran yang sudah melalui
keupayaan dalam ujian rujukan kriteria dan menunjukkan objektif dan arahan yang
diambil tindakan.
c Pendekatan membaca individu
Pendekatan ini memberi penekanan kepada
tahap yang berbeza dalam pembacaan individu.Hal ini demikian kerana, untuk
memastikan pelajar dapat belajar mengikut kemampuan mereka dan memudahkan
mereka belajar.Seterusnya pelajar memilih bahan bacaan dan mengaitkan dengan
keperluan, minat dan keupayaan membaca.guru juga perlu memberi bantuan bagaimana
cara untuk memilih buku dengan cara penyiringan serta menerangkan kesukaran
ketika membacanya. Seperti pendekatan yang lain, pendekatan ini jua mempunyai
komponen yang perlu dilaksanakan. Guru bebas untuk menggunakan cara tersendiri
atau memberi kebebasan kepada murid untuk memilih buku yang diminati untuk
dibaca. Hal ini kerana ia secara tidak langsung akan membantu pelajar dalam
mengembangkan penguasaannya dalam membaca. Kemudian dalam aspek perbincangan
antara guru dan murid, melalui aspek ini pengajaran dilaksanakan secara
personel atau melalui konferensi. Malah ia juga melibatkan penglibatan murid
serta menggunakan huraian yang sesuai. Guru yang melaksanakan pendekatan ini
perlu merekod harian bacaan pelajar.Contohnya guru berbincang dengan pelajar
mengenai idea daripada buku dan implikasi terhadap kehidupan.
d Pendekatan Holistik
Prinsip asas pendekatan ini ialah
murid-murid bukan sahaja diajar untuk menguasai kemahiran membaca, tetapi juga
menikmati bahan bacaan.Pendekatan ini diperkenalkan dalam pengajaran bacaan
kerana penulis mendapati masyarakat Malaysia mempunyai kadar boleh membaca yang
tinggi, tetapi tidak mempunyai minat membaca yang menggalakkan.Tujuan pendekatan ini adalah untuk mengembangkan
potensi individu dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan. Pelajar
diharapkan dapat menjadi dirinya sendiri (learning to be). Pelaksanaan mengajar
membaca secara holistik perlu bermula diperingkat awal membabitkan penyertaan
pelbagai pihak termasuklah pelajar, guru,ibu bapa dan
masyarakat sebagai usaha memperoleh manfaat sepenuhnya.Teks yang digunakan
dalam bahan bacaan ialah teks autentik iaitu teks dalam bentuk penerbitannya
yang sebenar. Pergantungan semata-mata pada buku teks di dalam kelas akan
mengehadkan pembacaan terhadap bahan yang tidak lengkap dan telah diubahsuai
dengan keperluan dan kepadatan ruang dalam buku teks tersebut. Jadi, guru
haruslah menggunakan buku dalam bentuk penerbitan supaya pelajar dapat
menghalusi pemikiran penulis lebih mendalam.
e Pendekatan model Bottom-up (dari bawah ke atas )
Pendekatan ini menyatakan bahawa pengajaran
membaca bermula dengan guru di mana mereka membincangkan, pengalaman murid
tentang sesuatu isu yang dianggap penting atau semasa.Melalui ini, guru dapat
mencungkil pengalaman serta menimbulkan minat mereka dalam perbincangan.Selain
itu, guru juga hendaklah membincangkan beberapa istilah yang dianggap penting
dan dapat difahami murid dengan jelas.Memincangkan isi-isu yang berkaitan
dengan topik perbincangan dengan lebih teperinci lalu disampaikan mengikut
disampaikan mengikut kefahaman murid.Setelah itu, membahagikan teks untuk
bacaan sebagai transfer ilmu yang berkesan.





0 comments:
Post a Comment