Dalam satu tinjauan rintis oleh Isahak Haron dan
Zainiah Mohamed Isa (2005), terhadap seratus orang kanak-kanak prasekolah dari
seluruh Malaysia untuk mengetahui jenis buku yang diminati mereka , pengkaji
hanya mendapati satu buku sahaja yang mendapat bilangan kekerapan sebanyak
tujuh kali iaitu buku ‘Perlumbaan Arnab dengan Kura-kura’. Keadaan ini
berlainan jika kita bandingkan dengan keadaan kanak-kanak di luar negara yang
meminati buku ‘Rosie’s Walk’ and ‘Where is My Duckling’ dan ‘Brown Bear, Brown
Bear, What Do You See’ adalah pilihan bagi peringkat usia tiga ke empat tahun.
Terdapat juga berbagai-bagai tajuk pilihan lain bagi peringkat usia yang
berlainan.
Buku-buku cerita ini bukan sahaja diminati kanak-kanak masa kini tetapi juga oleh ibu dan bapa mereka pada zaman kanak-kanak mereka dahulu. Ini kerana kebanyakan buku-buku ini telah dihasilkan semenjak daripada tahun 60an lagi tetapi buku-buku ini masih mendapat sambutan sehingga kini kerana nilai dan mutunya yang mendapat tempat di hati pembaca. Malahan di negara luar memang telah ada senarai buku-buku yang disyorkan bagi setiap peringkat umur kanak-kanak dan terbukti buku-buku tersebut bukan sahaja bermutu malah mendapat sambutan hangat daripada kanak-kanak. Oleh itu, adalah perlu bagi kita mengetahui ciri-ciri yang ada pada sesuatu bahan bacaan sehingga ia begitu diminati sejak zaman berzaman lagi.
Setelah mengetahui ciri-ciri
bagi buku-buku yang telah terpilih itu kita terapkan pula dalam bahan bacaan
kanak-kanak yang terdapat di negara kita bagi memilih buku-buku yang sesuai
untuk beberapa peringkat umur.





0 comments:
Post a Comment