Mata memainkan peranan penting dalam proses
belajar membaca. Hal ini demikian kerana, mata berfungsi untuk melihat apa-apa
yang dibaca. Walaupun begitu, mata
sahaja tidak mampu untuk memberi makna dala pembacaan. Contohnya, dengan pengetahuan abjad yang kita
miliki, kita mampu untuk membaca teks abjad yang berikut :
Detfinnsingetunikslasna,
vivi, sig pa ba
Teks tersebut dapat dibaca tetapi tidak di
ketahui maknanya.Hal ini bermakna selain mata kita haruslah memiliki kebolehan membaca, pengetahuan tentang
bahasa, dan pengetahuan tentang topik yang dibincangkan. Ketiga-tiga maklumat
membaca ini dikenali sebagai maklumat bukan visual. Dalam proses membaca,
terdapat maklumat dukan visual dan maklumat visual di mana, ia saling berkait.
Hal ini demikian kerana, semasa membaca kedua-dua maklumat ini menjalinkan
hubungan yang timbal balik.Maksudnya, lagi banyak maklumat bukan visual yang
kita ada, lagi sedikit maklumat visual yang diperlukan semasa membaca dan
sebaliknya.Selain itu, tugas mata boleh diringankan jika maklumat bukan visual
dan pengetahuan sedia ada (skemata) “dibawa”
semasa membaca.
Fungsi mata
Objek yang dilihat oleh mata tidak memberi
kesan jika tidak diberi makna oleh minda.Hal ini demikian kerana, minda adalah
tempat di mana kita mencerna sesuatu yang dilihat.Oleh itu, apa-apayang dilihat
oleh mata merupakan arahan daripada minda.Ketika membaca mata akan bergerak
mengikut garis dalam bahan yang bertulis di mana mata akan menumpukan pada
sesuatu bahagian dalam perkataan, perkataan dalam ayat mengikut kelancaran
pembaca. Antara tujuan menumpukan perhatian terhadap perkataan atau teks ialah
untuk memancarkan bahan tersebut pada retina, ketajaman terhadap tumpuan akan
berkurangan berdasarkan jarak antara mata dan teks. Justeru itu, melalui
penglihatan, ia akan memberi peranan kepada minda untuk membuat keputusan.
Namun pun begitu, keputusan yang bakal dibuat berkemungkinan akan mengalami
kesilapan sekiranya mata kita tidak dapat melihat dengan jelas. Ini bermakna,
kesihatan mata amat penting dalam proses belajar membaca.
Peranan ingatan dalam membaca
Semasa membaca, terdapat dua jenis ingatan,
iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.Ingatan jangka pendek
merupakan ingatan yang dapat disimpan oleh minda dalam jangka masa yang
singkat. Di mana minda dapat menyimpan
sama ada 15 minit hingga 30 saat, atau dapat bertahan selama beberapa minit
atau beberapa hari, kemudian ia akan hilang. Manakala, ingatan jangka panjang
pula adalah maklumat yang dapat bertahan selama beberapa tahun oleh seseorang
individu. Dalam proses membaca, apabila maklumat diterima oleh pancaindera,
maklumat tersebut serta-merta akan dihantar ke ingatan dan seterusnya, maklumat
tersebut akan diasingkan mengikut kepentingan sama ada ia diperlukan atau pun tidak. Oleh itu,
maklumat yang tidak diperlukan akan dilupakan serta-merta. Manakala bagi
maklumat penting pula akan dihantar ke ingatan jangka panjang.




0 comments:
Post a Comment