Pentaksiran merupakan
proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau
atribut yang diperolehi oleh seseorang pelajar melalui bacaan, setelah
mengalami proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kesahan bukti empirikal
yang digunakan bagi proses penaksiran sangat bergantung kepada sejauhmana keupayaan
guru dalam mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribu atau ciri
penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penaksiran. Pentaksiran perlu
selari dengan objektif pembelajaran pada satu-satu sesi P&P. Selain itu,
pentaksiran juga sentiasa disepadukan dengan kaedah mengajar dalam setiap sesi
P&P, dan berlaku di sepanjang P&P trsebut. Dengan itu, guru perlu mahir
dengan pelbagai jenis alat pentaksiran dan berketerampilan menggunakannya pada
masa yang paling efektif.
PBS ialah pentaksiran
yang dilakukan oleh guru semasa proses P&P di dalam kelas berlangsung.
Menurut Aziz (2010), dalam PBS peranan guru adalah untuk mengesan perkembangan,
kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil
pembelajaran yang hendak diajarkan dan ditaksir, merancang dan membina instrumen
pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekodkan hasil pentaksiran,
menganalisis maklumat pentaksiran, melaporkan hasil pentaksiran dan membuat
tindakan susulan.
Manakala, dalam konteks Malaysia, PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial, selaras dengan
Falsaah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produk secara
formatif dan sumatif, iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment
of learning.
PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS
merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara
terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Kategori
akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP),
manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik
(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Ciri-ciri Panduan Pelaksanaan
PBS:
-
Ia melibatkan guru dari awal hingga
akhir pengajaran: dari merancang pentaksiran pembelajaran, mengenal pasti dan
membina tugasan/alat pentaksiran yang sesuai, memantau pelaksanaan, mentaksir
kerja murid.
-
Mengumpulkan seberapa banyak sampel tentang
perkembangan murid dalam jangka masa yang ditetapkan.
-
Pentaksiran ini boleh diadaptasi dan
diubahsuai oleh guru untuk menyelaraskannya dengan matlamat pembelajaran bagi
sesebuah kelas dan murid yang hendak ditaksir.
-
Pentaksiran ini berlaku di dalam kelas
biasa.
-
Ia dilakukan oleh guru yang mengajar
murid berkenaan.
-
Murid menjadi lebih aktif melalui proses
pentaksiran, terutamanya apabila guru melakukan pentaksiran sendiri atau rakan
sebaya.
-
Pentaksiran ini memberi peluang kepada
guru untuk memberikan maklum balas secara membina (constructive) kepada murid
dengan serta-merta.
-
Ia mengalakkan penilaian berterusan dan
melaraskan program P&P.
-
Pentaksiran ini menjadi pelengkap kepada
bentuk-bentuk pentaksiran yang lain, termasuk peperiksaan umum seperti, UPSR,
PMR, dan SPM.
Konsep
PBS yang terdapat dalam pernyataan misi PBS:
(i)
Pentaksiran
bersifat holistik
-
Menilai aspek kognitif, afektif, dan
psikomotor murid selaras dengan FPK dan kurikulum kebangsaan.
-
Tujuannya untuk membangunkan modal insan
yang holistik dengan memiliki profil murid PBS.
-
Hal ini, melalui aktiviti kognitif
seperti menjawab soalan dan bercerita semula tentang kefahaman mereka daripada
pelbagai bahan yang dibaca, melahirkan perasaan dan emosi berdasarkan bahan
bacaan melalui aktiviti deklamasi puisi dan improvisasi, serta melakonkan watak
yang digambarkan dalam teks.
(ii)
Pengumpulan
maklumat
-
Mengenai kebolehan murid yang lebih
komprehensif dikumpulkan dalam rekod profil murid.
-
Perkara-perkara yang diisikan dalam
profil ini ialah pencapaian murid (achiement), perkembangan (development), dan
penglibatan (involvement) murid.
-
Rekod-rekod ini dapat memberikan
gambaran yang lebih tepat tentang potensi dan prestasi murid.
(iii)
Pentaksiran
yang seimbang
-
Ia berfokuskan kepada perkembangan
potensi dan kemenjadian murid melalui pendidikan yang menitik beratkan
pembinaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengamalan nilai
(adab) yang baik.
(iv)
Pentaksiran
bersifatkan murid
-
Meningkatkan penglibatan, pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, dan memupuk nilai dan sikap
terpuji serta bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri sebagaimana yang
terdapat dalam profil murid PBS.
-
Ia dapat dilakukan melalui aktiviti
autentik yang merujuk kepada situasi kehidupan sebenar, pembelajaran kendiri
dan kolaboratif.
Istilah-istilah
yang diperkenalkan oleh guru yang dikehendaki oleh KPM ialah, band, standard, standard prestasi,
deskriptor, evidens dan instrumen.
Pentaksiran Formal
Pentaksiran formal
biasanya dilakukan secara bertulis, seperti ujian, kuiz dan esei. Hasilnya
murid akan diberikan markah dan gred. Pengurusan pentaksiran jenis ini lebih
sistematik. Matlamatnya adalah untuk menilai kemajuan murid dalam satu-satu
jangka masa pengajaran. Keputusan pentaksiran ini penting kerana guru, ibu bapa
dan pentadbir ingin mendapat maklumat tentang perkembangan murid dalam
pembelajaran membaca. Pentaksiran jenis ini digolongkan dalam Ujian Rujukan
Norma.
Pengujian
Pengujian merupakan
proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian
tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam proses P&P. Ujian adalah alat ukur, bagi mengukur
‘penguasaan’ pelajar dalam membaca sesuatu bahan bacaan. Ujian mengandungi satu
set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu bahan bagi
merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam memahami
bahan yang berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan
dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Ciri
Utama Ujian
(i)
Kesahan
Ujian
Kesahan ujian sebagai
alat pengukuran bermaksud ujian tersebut menguji apa yang hendak diuji.
Sesebuah ujian itu perlu memiliki 3 jenis kesahan.
(a)
Kesahan
Kandungan
-
Ia merujuk kepada sejauhmana sesuatu
ujian merangkumi domain kandungan yang hendak dinilai.
-
Kandungan sesuatu ujian merupakan sampel
‘representative’ kandungan bidang yang ingin diukur.
-
Bagi menentukan ujian yang digunakan
meliputi kandungan bidang yang diuji, guru perlu mentakrifkan kurikulum dan isi
pelajaran kursus yang diajarkan.
-
Salah satu cara yang digunakan oleh
guru, ialah dengan merangka Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
(b)
Kesahan
Gagasan
-
Ia merupakan sekumpulan konsep yang ada
pada fikiran tetapi kita tidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti
pencapaian, kecerdasan dan kreativiti.
(c)
Kesahan
Berkaitan Dengan Kriteria
-
Ia merujuk sejauhmana kaitan antara
pencapaian dalam sesuatu ujian dengan kriteria luaran yang berkecuali.
-
Ia mempersoalkan sama ada ujian sah
mengukur kriteria yang hendak diukur.
-
Sekiranya kriteria luaran yang
berkecuali sebenarnya sah bagi mengukur kriteria yang hendak diukur, maka
kaitan yang bererti antara ujian dengan kriteria luaran tersebut menunjukkan
kesahan berkaitan dengan kriteria.
-
Terdapat dua jenis kriteria yang boleh
digunakan, iaitu kriteria serentak yang ditunjukkan pada masa yang sama atau
hampir sama dengan pengukuran yang dikenakan ke atas kriteria tersebut.
-
Kriteria jangkaan ditunjukkan pada satu
selang masa selepas pengukuran dikenakan ke atas kriteria tersebut.
(ii)
Kebolehpercayaan
Ujian
Kebolehpercayaan
merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Kebolehpercayaan
ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik, iaitu faktor yang
menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai
perubahan rawak.
(iii)
Keobjektifan
Ujian
-
Ia berkait dengan sejauhmana perskoran
sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa.
-
Bagi memastikan ujian mempunyai
keobjektifan yang tinggi, skema perskoran perlu disediakan lebih awal sebelum
ujian.
-
Skema perskoran bagi soalan objektif
agak mudah, kerana mencatatkan huruf sama ada A, B, C, atau D.
-
Bagi soalan subjektif, kaedah penskoran
agak rumit, terutama bagi soalan yang memerlukan murid menggunakan pemikiran
aras tinggi.
(iv)
Kebolehtadbiran
-
Sesuatu ujian mestilah boleh ditadbirkan
dengan sempurna.
-
Pentadbiran ujian yang sempurna sangat
penting supaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi
jawapan yang terbaik.
Pentaksiran Tak Formal
Ia berlaku secara lebih
bersahaja. Ia penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran kemahiran
membaca, pentaksiran tak formal dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang
kemahiran, kebolehan dan perkembangan berterusan murid tentang pencapaian membaca
mereka. Terdapat sekurang-kurangnya tiga ciri yang membezakan pentaksiran tak
formal dengan pentaksiran formal.
(a) Tujuan:
Ia bertujuan membimbing murid mencapai kemahiran yang disasarkan.
(b) Pelaksanaan:
Ia berlaku sepanjang masa pengajaran kemahiran membaca.
(c) Alat
Pengukuran: Ia biasanya menggunakan ujian pensel dan kertas sebagai instrument.
Instrument yang kerap digunakan ialah inventori, senarai semak, skala, rubrik,
dan kadangkala catatan guru.
Pentaksiran dan Kad Kemajuan
-
Setiap pentaksiran perlu direkodkan, ia
penting untuk memantau perkembangan prestasi murid.
-
PBS memperkenalkan kaedah merekod yang
lebih sistematik. Melalui rekod prestasi PBS, guru dikehendaki mencatat
perkembangan murid mengikut band, deskriptor dan evidens.






0 comments:
Post a Comment