Membaca adalah salah satu jenis keterampilan
berbahasa dan juga suatu proses yang kompleks dan rumit. Membaca yang kompleks
dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah internal dan eksternal.
Internal bererti tergantung dari diri individu itu sendiri. Eksternal pula
berasal dari motivasi luar. Kedua-dua internal dan eksternal ini saling
berkaitan antara satu sama lain.
Hakikat membaca adalah satu proses yang kompleks dan rumit kerana
dipengaruhi oleh faktor internal dan juga eksternal yang bertujuan untuk
memetik atau memahami erti, serta makna, yang ada dalam tulisan. Tujuan membaca
dapat memberi fakta yang tepat, dan terperinci, menemukan gagasan utama, menemukan urutan dan organisasi, dapat
menyimpulkan maklumat, menemukan informasi yang diperlukan, membantu
mengklasifikasikan, menilai serta
membandingkan maklumat dari pelbagai sumber.
TEORI
FLASHCARD
Para
ahli mengatakan bahawa bayi sangat genius terhadap bahasa. Sebagai contoh, kita
dapat melihat bahawa setiap bayi yang lahir
ke dunia ini akan mempelajari bahasa tempat mereka. Bagi setiap bayi
yang lahir di Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa asing. Ini tiada bezanya
berbanding bahasa Rusia atau bahasa Inggeris. Akan tetapi, ternyata si bayi
dapat mempelajari bahasa tersebut. Para ahli menyimpulkan bahawa anak-anak
mempelajari bahasanya melalui konteks, dan bukan dengan cara diajarkan satu per
satu dari daftar koleksi kata berikut dengan maknanya. Oleh sebab itu, para
ahli menyarankan agar ketika mengajar anak-anak membaca, kita perlu mengolah
bahasa dalam bentuk tulisan sebagaimana kita mengolah bahasa dalam bentuk
pembicaraan. Ini membawa makna iaitu kita sebaik-baiknya membuat proses belajar
membaca untuk bayi secara sesederhana mungkin. Dengan ini, anak kecil tersebut
dapat belajar membaca secara alami tanpa disedari oleh mereka. Keadaan ini
lebih kurang sebagaimana anak kecil tersebut belajar berbicara dengan bahasa
ibunya. Proses memahami bahasa melalui telinga memerlukan tiga syarat utama
iaitu lantang, jelas dan diulang.
Tanpa kita sedari, seseorang ibu kebiasaannya berbicara dengan bayinya
dengan tiga elemen utama iaitu lantang, jelas dan diulang-ulang. Alasan utama
yang menjadi sebab kebanyakan bayi tidak menyerap bahasanya melalui mata menuju
ke otaknya sebagaimana bahasa tersebut diserap melalui telinga menuju ke
otaknya adalah kerana ternyata bayi memerlukan pendedahan kepada bahasa melalui
penglihatannya dalam bentuk yang besar, jelas dan diulang-ulang.
Selain itu, model teori membaca lahir dari perspektif dengan cara makna
diangkat dari bacaan. Inti bagi proses membaca adalah seseorang itu berusaha
memahami isi pesan penulis yang tertuang dalam bacaan. Pemeroleh makna
kebiasaannya berangkat dari beragam sudut. Dari sudut itulah, pandangan para
ahli bahasa dibeza-bezakan. Terdapat tiga pandangan tentang cara makna
diperoleh yang melahirkan tiga model teori membaca. Tiga model itu antara lain
ialah ‘Model Teori Bottom-Up’, ‘Model Teori Top-Down’, dan juga ‘Model Teori
Interaktif’.
Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa membaca pemahaman merupakan proses
aktif yang di dalamnya melibatkan banyak faktor. Hal ini bertujuan untuk
memperoleh pemahaman melalui proses interaksi antara pembaca dengan bacaan
dalam peristiwa membaca.






0 comments:
Post a Comment